Sunday, May 3, 2009

Kapal Perang / Pesaway Pejuang

Kapal

Fungsi kapal:

Kapal direka khas khusus untuk laluan merentasi air.Kapal biasanya cukup besar bagi memudahkan membawa atau mengangkut barang,kenderaan,hasil tuaian mahupun bot-bot kecil seperti bot-bot keselamatan.Secara kebiasaanya kapal boleh membawa bot tetapi tidak semua bot boleh membawa kapal.Saiz sebenar di mana sesebuah bot itu boleh digelar atau dipanggil sebagai sebuah kapal selalunya ianya ditakrifkan oleh undang-undang dan peraturan tempatan bagi sesebuah negara.



PENJANAAN SESEBUAH KAPAL

Seawal abad ke-19 di mana sebelum kewujudan kapal-kapal yang mana menggunapakai enjin wap yang asasnya dijana kuasakan oleh air yang diwapkan atau lebih dikenali sebagai stim.Ketika itu banyak kapal-kapal bergerak dengan menggunakan kudrat manusia dan ianya disebut sebagai daya kayuhan dengan menggunakan pengayuh.Terdapat juga kapal-kapal yang pada ketika itu menggunakan kaedah layar yang bergerak dengan menggunakan kuasa angin.

Kapal perdagangan kebanyakannya adalah kapal layar,tujahan stim telah dimajukan dengan jayanya sepanjang abad ke-19 .Pembangunan penting tersebut berjaya mengurangkan keperluan untuk air tawar, dan meningkatkan kecekapan.Hasil kemajuan yang dijalankan oleh Sir Charles Parson,dan pada tahun 1897, dengan kesungguhan yang gigih beliau telah berjaya mencipta satu sistem yang efition penggunaannya bagi sesebuah kapal.Lantaran kejayaan itu beliau telah mempamirkannya di Penilaian Naval Spithead (Spithead Naval Review).Kejayaan tersebut telah mendorong kepada terbinanya kapal penumpang (liner) laju pada awal separuh abad ke-20.

Sir Charles Parson


Sekitar tahun 1920 kapal yang berenjin diesel telah mula diperkenalkan sekitar .Ia terbukti lebih cekap berbanding turbin stim,namun untuk beberapa tahun,ia telah menghasilkan ratio kuasa berbanding ruang yang lemah.Sekitar 1960 kebanyakan kapal yang dibina yang berkapasiti berenjin diesel, dan kapal enjin bermotor. Namun pada tahun 1968 kapal Queen Elizabert 2 yang dilengkapi turbin stim ( kemudiannya ditukarkan kepada diesel,bertujuan ianya mampu memberikan impak yang besar dalam membantu mengurangkan kos yang ditanggung). Pada 1984 era kapal penumpang terakhir yang mengguna pakai sistem turbin stim ialah kapal yang diberi nama Pacific Sky telah dilancarkan . Ada juga kapal kargo selepas itu yang menggunakan turbin stim,terutamanya jika muatannya ialah gas asli (LNG) mahupun arang batu. Queen Elizaberth 2

Pacific Sky

Sebilangan kecil kapal telah dilengkapi dengan reaktor nuklear, tetapi kuasa tujahan ini menyebabkan kebimbangan mengenai keselamatan dan hanya popular dalam kapal induk besar dan kapal selam sahaja, di mana keupayaan jelas untuk menyelam bagi tempoh yang agak lama dan ia merupakan kebaikan yang jelas. Namun sebenarnya kapal seperti ini adalah sejenis kapal berkuasa stim, kerana reaktor tersebut memanaskan stim untuk menggerakkan turbin.

Reaktor Nuklear



1 comment:

Anonymous said...

hahaha copy n paste je keeeee????
ahahahhaha-din